Kereta Sewa Penang - MMS Car Rental

Tempat Menarik di Pulau Pinang 2024

20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!


Pulau Pinang, atau lebih dikenali sebagai Penang adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia.

Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan boleh diakses dengan mudah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. 

Berikut dikongsikan beberapa tempat menarik di Penang yang anda wajib masukkan ke dalam senarai untuk dilawati apabila merancang percutian ke sana. 


Cuti sekolah ada rancangan datang Penang?
Risau la Penang jammed..
Mana ada, kesesakkan lalulintas di Penang ok lagi tau, sempat la untuk cuci2 mata tengok pemandangan indah di Pulau Pinang ni. Banyak tempat2 cantik dan percuma untuk dilawati di Penang ni tau.
Tak dak idea nak singgah mana di Penang ni?
Mai kami belanja interinary kat hampa..
Ada yang free, ada yang murah.. yang penting best.. sesuai utk semua lapisan usia..

1. George Town – Tapak Warisan Dunia UNESCO

George Town adalah ibu negeri Pulau Pinang yang dikenali dengan kepelbagaian seni bina kolonialnya yang megah, seni jalanan yang menakjubkan, serta kehidupan komuniti yang kaya dengan budaya

Bandaraya bersejarah ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pengiktirafan ini menjadikannya salah satu tarikan utama untuk pelancong dan penyelidik budaya dari seluruh dunia.


2. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling (Jawiمسجد كاڤيتن کليڠ) yang terletak di Lebuh Pitt ialah masjid tertua di Georgetown, Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.

Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.

Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.


3. Bukit Bendera

Untuk melihat pemandangan bandaraya Georgetown dan seluruh Pulau Pinang yang menakjubkan, anda boleh berkunjung ke Bukit Bendera.
Selain menikmati pemandangan panorama 360 darjah Pulau Pinang, anda juga boleh menghidu udara segar hutan hujan yang telah pun berusia 130 juta tahun!


4. Tropical Spice Garden

Tropical Spice Garden adalah destinasi menarik yang wajib dilawati bagi pencinta alam dan tumbuhan. Terletak di Teluk Bahang, taman ini menawarkan lebih daripada 500 jenis rempah, herba dan tumbuhan eksotik untuk diterokai. 


5. Pantai Batu Ferringhi

Batu Ferringhi adalah destinasi yang popular dengan pantai pasir putihnya. Di pantai ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti jet ski, parasailing dan sebagainya. 


6. Taman Burung Penang

Taman Burung Penang ini terletak di Seberang Jaya dan merupakan destinasi menarik di Pulau Pinang yang menampilkan kepelbagaian spesies burung dari serata dunia.


7. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis atau Kubu Cornwallis adalah salah satu mercu tanda bersejarah Malaysia. Kubu ini telah dibina oleh penjajah British, Captain Francis Light pada tahun 1786. Pada zaman dahulu, kubu ini digunakan sebagai benteng pertahanan. 


8. Clan Jetties

Clan Jetties atau Jeti-Jeti Penang sebenarnya adalah merupakan sebuah kampung nelayan yang sangat unik. Ia terdiri daripada jambatan-jambatan kayu yang menghubungkan rumah-rumah tradisional.


9. Penang Street Art

Seni jalanan di Pulau Pinang merupakan salah satu daya tarikan yang berjaya menarik pengunjung dari serata dunia.


10. Akurium Batu Maung

Akuarium ini terletak di Batu Maung dengan pelbagai jenis hidupan laut yang di pamerkan. Juga terdapat penyu. Tiket masuk serendah RM5 sahaja.


11. Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang adalah destinasi yang ideal untuk keluarga dan individu yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar. Ia terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan pelbagai koleksi tumbuhan. 


12. Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

Rumah Agam Peranakan adalah merupakan sebuah replika kediaman yang berfungsi sebagai muzium. Ia menampilkan gaya seni bina unik yang mencerminkan perkahwinan budaya antara masyarakat Cina dan Melayu. 


13. Muzium Terbalik 

Muzium Terbalik adalah destinasi yang menarik di Penang di mana anda akan mengalami dunia yang benar-benar terbalik. Daripada pintu masuk hingga ke bilik-bilik pameran, segala-galanya dibina dengan terbalik! 


14. The TOP Komtar

The Top adalah merupakan salah satu tarikan yang wajib anda cuba di Pulau Pinang. Ia terletak di tingkat paling atas bangunan pusat membeli belah, KOMTAR. Ia menawarkan pemandangan yang sangat menakjubkan terutamanya pada waktu malam. 




15. Muzium Perang Penang 

Tahukah anda, Muzium Perang Penang sebenarnya adalah bekas kubu pertahanan tentera British ketika menakluki Tanah Melayu dan dibina menggunakan tenaga banduan. 


16. Entopia by Penang Butterfly Farm 

Entopia by Penang Butterfly Farm adalah merupakan taman rama-rama terbesar di Malaysia.

Ia menempatkan lebih kurang 15 000 rama-rama dari 60 spesies. Anda akan berpeluang melihat ribuan kupu-kupu dan serangga lain dalam persekitaran semula jadi mereka. 


17. Muzium WonderFood 

Muzium Wonderfood Penang menawarkan pengalaman yang unik dalam meneroka sejarah dan kepelbagaian makanan tempatan Malaysia.

Di muzium ini, anda boleh melihat dan bergambar dengan replikasi makanan nasional dalam bentuk yang menarik. Sekilas pandang sebijik macam makanan sebenar!


18. Penang 3D Trick Art Museum 

Penang 3D Trick Art Museum menawarkan pengalaman  yang menyeronokkan untuk pengunjung daripada pelbagai lapisan usia. 

Menariknya, pameran karya seni yang adalah dalam bentuk 3D membuatkan pengunjung kelihatan seperti masuk ke dalam lukisan itu sendiri.


19. Penang Toy Museum

Sekiranya anda  ingin mengembara kembali ke zaman kanak-kanak, jangan lupa berkunjung ke muzium ini. Ia merupakan salah satu muzium mainan terbesar di dunia dan menampilkan lebih daripada 100,000 mainan dari pelbagai negara dan era. 


20. Escape Theme Park 

Escape Theme Park adalah taman tema luar yang menawarkan pengalaman pengembaraan yang mencabar untuk semua peringkat usia. 

Anda belum jumpa kereta nak sewa di Penang?
Hubungi kami segera, di talian 0175679894
Kereta Sewa Penang MMS Car Rental, menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Penang, penghantaran percuma ke Airport Penang



No comments:

Post a Comment