Tempat Menarik Di Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan satu tempat pelancongan yang menarik. Sesuai dikunjungi oleh semua lapisan usia, Pulau Pinang juga terdiri dengan ekosistem alam flora dan fauna juga pantai yang indah. Selain itu Pulau Pinang juga memiliki banyak muzium-muzium yang unik sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Makanan di Pulau Pinang memang menjadi tarikan pelancong dan amat digemari oleh seluruh penduduk Pulau Pinang terutamanya Nasi Kandar. Sekali cuba pasti teringat. 

Pelbagai cara untuk anda sampai ke Pulau Pinang. Antaranya, anda boleh menaiki Kapal Terbang, Bas, Kereta api atau dengan memandu kenderaan sendiri. Wow! banyaknya kemudahan untuk sampai Ke Pulau Pinang, jadi tidak hairanlah Pulau Pinang menjadi tempat tarikan para pelancong. 

Buat mereka yang menaiki Kapal Terbang, mereka ada sampai di Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas. Sesampai disana, anda pasti perlukan kenderaan. Anda boleh naik teksi, grab, atau menyewa kereta dari kami MMS Car Rental di talian 0172674254. Penghantaran Percuma ke Airport Penang.
Jika anda menaiki bas, ini saranan kami jika niat anda datang ke Pulau Pinang untuk bercuti di sebelah Pulau ini, sila ambil tiket menuju ke destinasi Stesen Bas Sungai Nibong, kerana, stesen bas ini terletak di dalam Pulau, jadi lebih mudah untuk anda menuju ke destinasi. Namun jika anda sudah membuat tempahan tiket menuju ke Penang Sentral, anda boleh menaiki feri yang terletal bersebelahan Penang Sentral. Laluan berbumbung siap ada aircond dan kipas tau! Begitu juga buat mereka yang datang ke Pulau Pinang menaiki kereta api, dimana anda akan sampai ke destinasi Butterworth, anda juga boleh menaiki Feri dari Jeti Butterworth dan turun di Jeti Georgetown, jangan risau, anda takkan turun ke jeti yang salah, kerana feri di Pulau Pinang hanya bergerak dari Butterworth ke Georgetown sahaja. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma ke Jeti Feri Georgetown jika anda memerlukan kereta sewa, cuma hubungi kami 0172674254. Ianya cuma sedikit info buat mereka yang pertama kali ke Pulau Pinang.

Jadi apakah yang menarik di Pulau Pinang? Mari kami belanja itinerary buat semua.

Antara tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi di Pulau Pinang:





BUKIT BENDERA
Anda boleh menikmati keindahan seluruh Pulau Pinang di puncak Bukit Bendera, selain itu terdapat juga manisan yang menarik dan wajib anda cuba antaranya, ABC pelbagai buah-buahan dan aiskrim yang menyelerakan.

  


PADANG KOTA LAMA
Bagi para pelancong, kalau datang ke Pulau Pinang mesti nak rasa keenakkan makanan Penang, disini anda dapat menikmati segalanya seperti Pasembor, Laksa Penang dan lain-lain lagi sambil melihat keindahan pantai Pulau Pinang




BATU FERINGGHI
Pantai Batu Ferringghi sememangnya salah satu tempat yang wajib anda pergi, selain itu disana juga ada disediakan perkhidmatan bermain layang-layang dan lain-lain lagi, juga merupakan tempat yang cantik bagi mereka yang suka bergambar. Kalau nak rasa laksa Penang yang sedap, sinilah tempatnya.



ROPEWALK LORONG KULIT
Bagi peminat-peminat barangan rare, anda patut singgah Roadwalk Lorong Kulit. Pelbagai jenis barangan antik, buku-buku lama, dan macam-lagi ada disini.


THE TOP KOMTAR
Ada pelbagai tempat-tempat menarik yang disediakan oleh The Top antaranya, The Top Jurrasic World (anak-anak pasti suka, dapat tengok DINOSAUR) , The Top ( untuk mereka yang inginkan pengalaman berada di aras paling tinggi dan berdiri hanya diatas kaca sambil menikmati keindahan Pulau Pinang)

PENANG STREET ART
Tempat yang sesuai untuk anda bergambar, disini terdapat pelbagai hasil karya seni yang dilukis oleh pelukis-pelukis luar Negara di atas dinding kedai-kedai di lorong tersebut.

AQUARIUM BATU MAUNG
Akuarium Batu Maung, sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak, disini anda bolh melihat pelbagai jenis hidupan laut dan penyu. Ya, PENYU, yang menariknya, penyu disini boleh dilihat secara dekat. Yuran kemasukkan yang dikenakan hanya RM3.00(kanak-kanak) RM5.00 (dewasa) murahkan.


STREET QUAY SIDE
Street Quay Side terletak di Tanjung Bungah, merupakan jeti pelabuhan kapal mewah, selain itu juga terdapat tempat untuk bersantai disitu, dan ada juga tempat membeli-belah. Pada waktu malam, anda boleh menikmati alunan muzik daripada penyanyi yang membuat persembahan di restoran-restoran berhampiran dengan tempat bersantai. Pemandangan yang menarik untuk bergambar.

Banyak lagi tempat yang menarik di Penang, kena mai baru tau la.. seperti, RUMAH P.RAMLEE, ESCAPE TELUK BAHANG, MUZIUM 3D GEORGTOWN, ENTOPIA TELUK BAHANG), MUZIUM PERANG, AVATAR GARDEN dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Kereta Sewa Penang

Aktiviti santai dan percuma di Penang 2024 | Visit Penang 2024

Lokasi percutian di Penang Percuma 2024 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga! Pulau Pinang, atau lebih dikenali s...